Kereta jenazah Tesla Hearse 3 - untuk perjalanan terakhir yang lebih mesra alam

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada peralihan dunia kepada pilihan mod pengangkutan yang lebih mesra alam, tidak menghairankan apabila EV kini antara pilihan untuk diubahsuai menjadi kenderaan terakhir sebelum berangkat ke dunia seterusnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebuah syarikat Belanda, Derks Uitvaartmobiliteit kini menawarkan projek ubahsuai kereta elektrik menjadi sebuah kereta jenazah.

Tesla Hearse 3 ini asalnya merupakan sebuah Tesla Model 3 sebelum ia dipanjangkan dan ditambah dengan ruang yang mewah untuk meletakkan keranda di bahagian belakang.
 

Tesla


Hasilnya, sebuah kereta jenazah dengan dimensi sepanjang 5.56 meter, atau 866 mm lebih panjang berbanding ukuran asal sedan elektrik itu.

Ruang kokpit dipisahkan dengan pembahagi serta panel kaca untuk memudahkan pemandu meninjau keadaan mayat di ruang belakang.

Selain itu, sebuah pintu talgate kustom telah dipadankan bagi memudahkan urusan keluar masuk keranda.
 

Tesla


Pintu penumpang asal Tesla Model 3 ini tidak langsung dibuang, sebaliknya digunakan semula untuk menutup ruang kargo tambahan di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Untuk keselesaan jenazah, syarikat itu telah memasang struktur tingkap yang besar, tirai berkuasa elektrik untuk tujuan privasi, serta alas bumbung dengan hiasan lampu LED pelbagai warna.

Menggunakan Tesla Model 3 Standard Range Plus, kereta jenazah ini menampilkan motor elektrik pacuan roda belakang menghasilkan 302 hp dan dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 53 kWh.
 

Teska


Disebabkan perubahan aspek aerodinamik yang agak ketara, kereta jenazah ini dianggarkan mempunyai jarak gerak sejauh 375 km sahaja, berbanding 491 km yang dicatatkan pada model sedan yang asal.

Usah risau, masih lagi cukup jauh untuk memastikan perjalanan anda menuju alam seterusnya tanpa perlu berhenti untuk mengecas dengan kerap.

Derks Uitvaartmobiliteit tidak mendedahkan kos untuk proses ubahsuai Tesla Model 3 menjadi kereta jenazah ini.