Kereta kanak-kanak Bugatti -habis terjual selepas 3 minggu (RM138,000)

oleh HEZERI SAMSURI|
Bugatti mengumumkan kereta kanak-kanak Baby II yang dipamerkan tiga minggu lalu sudah habis terjual.

Bugatti hanya menayangkan prototaip untuk kereta mainan elektrik itu kerana pengeluarannya hanya akan bermula seawal tahun hadapan.

 

Namun begitu ia terbukti sudah mencukupi kerana Bugatti sudah menerima 500 tempahan pada Rabu lepas - jumlah maksimum untuk produk istimewa tersebut.

Baby II ialah sebuah kenderaan elektrik dengan rekabentuk tradisional Bugatti lama. Ia boleh memuatkan seorang dewasa ataupun kanak-kanak dan mempunyai dua mod pemanduan.

 

 

Mod pemanduan untuk kanak-kanak membataskan kuasa maksimum kepada 1.4 hp dan kelajuan maksimum 20 kmsj sementara mod pemandu dewasa kepada 5.4 hp dengan kelajuan maksimum 45 kmsj.

Pilihan opsyenel ialah Speed Key yang meningkatkan kuasa kepada 13.4 hp tanpa membataskan kelajuannya.

Baby II juga hadir dengan tiga varian - badan komposit, badan carbon-fibre dengan Speed Key dan badan aluminium hasil tukangan tangan dengan Speed Key (semakin ringan, semakin laju!).

 

 

Kereta mainan ini juga lengkap dengan limited-slip differential, horn, cermin pandang belakang, handbrake, lampu hadapan, sistem brek regenerative dan kawalan jauh (untuk ibubapa yang mahu mengawal kenderaan itu bila anak yang memandu).

Setiap Bugatti Baby II akan dipasang dengan lencana Bugatti yang diperbuat dari perak tulen - sama seperti yang dipasang pada Bugatti Chiron.

Dengan harga sebuah Honda Civic 1.5L Turbo baharu, ia masih sebuah Bugatti yang mampu milik.

Careta pasti ada rakyat Malaysia yang menempahnya.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam cubaan terbaharu yang dilakukan oleh Bugatti pada 2 Ogos yang lalu, hypercar Chiron yang…
Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…
Gaya Hidup
Selain daripada menghasilkan supercar terpantas di dunia Chiron, Bugatti juga sebenarnya terlibat…