Kereta keselamatan F1 Aston Martin Vantage 2024 dapat peningkatan kuasa, 656 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun lepas, juara dunia Formula Satu Max Verstappen merungut kerana kereta keselamatan sukan Formula Satu (F1) "lembab macam kura-kura".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan kereta keselamatan baharu yang bakal digunakan sepanjang sukan berprestij itu berlangsung tahun ini.

Nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar itu telah ditala semula supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 656 hp, peningkatan sebanyak 153 hp berbanding model terdahulu.

 

F1

 

Jika dibandingkan dengan model jalanan Vantage, kereta keselamatan Aston Martin Vantage F1 ini menampilkan komponen splitter hadapan dan sayap belakang yang agak besar.

Antara ciri aerodinamik lain termasuklah panel bawah lantai yang telah diubahsuai untuk membenarkan aliran udara yang lebih berkesan, serta bar lampu mata arah dengan rekaan baharu.

Untuk kegunaan pemandu Bernd Mayländer dan penumpangnya, Aston Martin telah memasang tempat duduk Recaro Pole Position serta abah-abah keselamatan spesifikasi perlumbaan.

 

f1

 

Konsol tengah kereta tersebut telah diubahsuai dengan pelbagai jenis butang fungsi yang akan digunakan sepanjang perlumbaan berlangsung.

Terdapat juga dua skrin besar yang memaparkan informasi penting seperti kedudukan jentera lumba, masa pusingan serta paparan kamera belakang.

Trim Lime Essence yang digunakan dalam ruang tersebut adalah eksklusif untuk Vantage F1 Safety Car.

 

aston

 

Selain daripada Vantage, Aston Martin turut menggunakan SUV DBX707 yang berkongsi tugas dengan Mercedes-AMG GT 63 S Four-Door Coupe sebagai kereta perubatan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…
MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…