Kereta kuning mempunyai nilai jualan semula yang lebih tinggi - kajian iSeeCars

oleh Mohamad Hanif|
Ada orang suka warna kereta yang gelap, supaya tidak nampak cepat kotor berbanding warna-warna yang cerah.

Ada yang sukakan warna yang meriangkan, dan tidak kurang juga mereka yang memilih warna atas dasar ia mempengaruhi nilai jualan semula pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ISeeCars.com ke atas 2.1 juta kenderaa terpakai bermula dari tahun 2014, agensi tersebut mendapati faktor warna sebenarnya mampu mempengaruhi kadar susut nilai sesebuah kenderaan. 

Kenderaan berwarna kuning dikatakan memegang rekod paling kurang kadar susut nilai, sebanyak 27 peratus untuk tiga tahun pemilikan, manakala warna-warna lain seperti jingga dan hijau masing-masing mencatatkan 30.6 peratus dan 30.9 peratus untuk tempoh yang sama. 

Secara purata, kadar susut nilai kenderaan untuk tiga tahun pertama tempoh pemilikan adalah pada angka 33.1 peratus. 

Manakala tiga warna yang menyumbang kepada kadar susut nilai tertinggi adalah beige (36.6%), ungu (36.7%) dan juga emas (37.1%). 

 

Warna kereta Purata Susut Nilai (tempoh 3 tahun) Peratus perbezaan berbanding nilai purata
Kuning 27.0% -18.5%
Jingga 30.6% -7.8%
Hijau 30.9% -6.9%
Putih 32.6% -1.6%
Merah 32.7% -1.4%
Nilai Purata 33.1% --
Biru 33.5% 1.0%
Perang 33.5% 1.1%
Kelabu 33.5% 1.2%
Hitam 33.6% 1.6%
Perak 34.0% 2.6%
Beige 36.6% 10.3%
Ungu 36.7% 10.7%
Emas 37.1% 12.1%

 


Menurut CEO iSeeCars.com, Phong Ly berkata, "warna kuning secara relatifnya adalah kurang lazim berbanding warna-warna lain, bukan sahaja untuk kereta malah segmen-segmen yang popular seperti SUV dan trak pikap.

Kenapa warna emas menyumbang kepada kadar susut nilai yang tinggi? 

Menurut Ly lagi, berdasarkan pemerhatian, warna emas tidak mempunyai permintaan yang cukup tinggi di pasaran, di mana pengguna lebih gemar warna-warna yang lazim atau warna yang lebih menarik. 

Namun, kaitan antara warna kenderaan dan nilai jualan nampaknya tidak menjejaskan tempoh masa yang diambil untuk menjual sesebuah kenderaan itu. 
 


Satu lagi kajian yang berasingan dibuat menunjukkan kereta berwarna kuning mengambil purata masa yang lama untuk dijual (41.5 hari) oleh kerana harganya yang masih lagi mahal, manakala kereta yang lebih murah berwarna emas mengambil masa kira-kira 34.3 hari. 
 

Warna Purata Hari di dalam Pasaran Peratusan Perbezaan berbanding Nilai Purata
Kuning 41.5 13.8%
Jingga 38.1 4.3%
Hijau 36.2 -0.7%
Putih 35.0 -4.0%
Merah 40.9 12.2%
Biru 36.8 1.0%
Perang 35.3 -3.2%
Kelabu 34.2 -6.2%
Hitam 36.0 -1.4%
Perak 38.8 6.4%
Beige 46.6 27.6%
Ungu 33.2 -8.9%
Emas 34.3 -6.1%
Nilai Purata 36.5 --


Untuk bacaan penuh, anda boleh melayari laman iSeeCars.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk kajian terbaharu, mereka mendapati warna kuning sekali lagi mendominasi sebagai warna yang…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh iSeeCars, warna kuning didapati menyumbang kepada…