Kereta lawan arus: Dua penunggang motosikal maut, seorang parah dirempuh kereta

oleh SALINA JALIL|
Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut saksi, kereta terbabit meluru keluar dari persimpangan jalan dan masuk ke arah bertentangan dan merempuh tiga penunggang motosikal. Kereta tersebut cuma berhenti kira-kira 100 meter dari jarak pelanggaran.

 

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 petang, Selasa semasa cuaca hujan. Saksi turut berkata bahawa kereta tersebut meluru keluar dari simpang dalam keadaan laju dan jelas kelihatan kesan tayar di jalan raya. 

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 malam (Selasa) dan melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Menurut polis, kereta tersebut dikatakan dipandu melawan arus dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar tiga buah motosikal berkenaan.


Dalam kejadian itu, dua mangsa masing-masing seorang wanita berusia 41 tahun, dan seorang lelaki berusia 58 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dilanggar kereta yang dipandu lelaki berusia 20-an tahun.



Manakala seorang lagi lelaki berusia 21 tahun cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.



Katanya setakat ini, pihak polis telah menahan pemandu tersebut untuk siasatan.


Pihak polis sedang menjalankan ujian alkohol dan air kencing ke atas pemandu kereta berkenaan bagi mengetahui sama ada pemandu berada di bawah pengaruh alkohol atau tidak.


Siasatan awal mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lain selain pernah mempunyai satu rekod bersabit kesalahan trafik. Butiran mangsa masih belum diumumkan oleh pihak Polis.


Sementara itu,  kejadian kemalangan itu telah mendapat perhatian netizen dan gambar kejadian turut di kongsi di media sosial dan Careta sendiri telah memuatnaik di laman Facebook kami.

 

Salam takziah kepada keluarga mangsa dan kami di Careta berharap pihak Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kelalaian yang melibatkan nyawa apatah lagi sekiranya pemandu tersebut dalam keadaan mabuk atau sedang khayal angkara dadah!
 

 

 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…