Kereta nasional pertama Turki terima sentuhan Pininfarina!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Malaysia yang kini sedang menuju ke arah sebuah negara dengan tiga buah syarikat kereta nasional, Turki pula kini sedang bersedia menyambut kehadiran syarikat kereta nasional pertama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Sabah (bukan Sabah, Malaysia),  kereta prototaip pertama syarikat yang masih belum dinamakan itu akan didedahkan sendiri oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis khas di Kocaeli. 

Difahamkan, Presiden Turki akan menjadi antara yang terawal untuk memandu uji kereta nasional pertama itu. 

Syarikat yang bertanggungjawab di sebalik projek kereta nasional pertama ini adalah Automobile Joint Venture Group yang merupakan gabungan lima syarikat terbesar di Turki. 

Model pertama yang bakal dihasilkan merupakan sebuah SUV segmen C berkuasa elektrik sepenuh masa dan mempunyai keupayaan pengecasan pantas dalam masa 30 minit dan 10 jam sekiranya menggunakan plug elektrik normal di rumah. 

 


Menariknya, rekaan luaran SUV pertama ini turut menerima sentuhan daripada syarikat firma rekaan terkenal, Pininfarina yang sebelum ini turut menyumbang idea bagi syarikat kereta nasional pertama Vietnam, Vinfast. 

Dalam satu perkembangan yang berbeza, Turki dikatakan bakal mengenepikan teknologi navigasi pada kenderaan, sebaliknya bakal memperkasakan teknologi pengimejan augmented reality. 

Menurut Gürcan Karakaş, CEO Turkey's Automobile Joint Venture Group (TOGG)  berkata, mereka telah membangunkan sebuah projek bersama teknologi tempatan bagi menggantikan sistem navigasi konvensional yang digunakan pada masa kini. 

TOGG mensasarkan produksi massa kenderaan mereka bermula pada tahun 2021 diikuti oleh pelancaran domestik pada separuh pertama tahun 2022. 

Dalam masa yang sama, mereka turut merancang untuk memperkenalkan lima lagi model baharu dalam tempoh 10 tahun pertama operasi. 

Sumber: Daily Sabah
Gambar utama sekadar hiasan. Salah sebuah SUV yang direka oleh Pininfarina.