'Kereta perisai pulang ke pangkalan' - MKN

oleh Mohamad Hanif|
Tular satu rakaman yang memaparkan kereta kebal dan kereta perisai bergerak di jalanan pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan ia menimbulkan reaksi panik dikalangan netizen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka memberi jaminan bahawa anggota tentera tidak dikerahkan untuk melaksanakan perintah tersebut, sebaliknya kereta kebal tersebut hanya bergerak pulang ke pangkalan tentera. 

"Kami tidak mengerahkan tentera untuk Perintah Kawalan Pergerakan, tidak perlu panik.

"Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, semua latihan untuk tentera telah ditangguhkan dan apa yang anda lihat hanyalah kakitangan tentera dan peralatan yang kembali ke pangkalan," kata jurucakap MKN ketika dihubungi.

Terdahulu, video memaparkan sebuah kereta kebal tentera dan kenderaan berperisai yang bergerak di atas jalan raya menjadi tular di media sosial.

Susulan itu timbul dakwaan netizen kononnya tentera telah dikerahkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun, lokasi video tersebut dirakam tidak diketahui.

MKN bertanggungjawab ke atas Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 sehingga 31 Mac seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Sumber: mStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan…
Berita Global
  Gary Freeland, yang berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,…
Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…