Kereta peronda Ferrari 250 GTE casis #3999 untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada dikenali sebagai sebuah jentera lumba, Ferrari 250 juga turut dihasilkan untuk kegunaan jalan raya, dan sepanjang tempoh produksi yang berakhir pada tahun 1964, terdapat beberapa versi GT yang telah dihasilkan oleh Ferrari.

Salah sebuah daripadanya adalah Ferrari 250 GTE dan apa yang membuatkan jentera yang dipamerkan dalam artikel ini lebih istimewa, ia merupakan sebuah kereta peronda yang pernah menguasai jalanan Itali suatu ketika dahulu.

 


Menurut informasi daripada Girardo & Co, disebabkan peningkatan kadar jenayah di Itali pada tahun 1960-an, pihak polis beralih arah daripada menggunakan kereta Alfa Romeo 1900 kepada Giulia 1600.

Namun, peralihan tersebut tidak berjaya menghentikan kegiatan jenayah di Itali.

Penggunaan jentera Ferrari 250 GTE sebagai kereta peronda hanya dimulakan setelah salah seorang daripada pegawai polis, Armando Spatafora menjalani latihan pemandu berprestasi tinggi di Maranello, tempat asal Ferrari.

 


Menerusi program tersebut, Spatafora dilaporkan membiasakan diri dengan pengendalian jentera 250 GTE, sebuah sports tourer 2+2 dengan output enjin 240 PS.

Setelah pulang dari latihan tersebut, sebuah jentera Polizia diedarkan ke pejabat Spatafora dengan nombor casis 3999 pada tahun 1962 dengan nadi V12 3.0 liter, 240 kuasa kuda, perkataan Squadra Mobile, siren polis dan layangan warna hitam.

Kereta peronda Ferrari ini kekal di bawah perkhidmatan Spatafora selama enam tahun, dan sepanjang tempoh tersebut Ferrari mengesahkan kereta tersebut masih lagi cemerlang serta telah dihantar untuk servis berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 


Khidmat Ferrari 250 GTE ini ditamatkan pada tahun 1968 namun kekal di bawah simpanan polis sehingga 1972 di mana ia telah bertemu dengan pemilik baharu Alberto Cappeli menerusi acara lelongan.

Selama 40 tahun pemilikan, Alberta membawa 250 GTE ini menyertai acara pemanduan dan pameran di seluruh Eropah, termasuklah menyertai perlumbaan pada tahun 1984 di mana beliau menemukan semula jentera ini dengan pemilik 'asal', Spatafora.

 

 


Kini, jentera lagenda tersebut telah pun diperiksa oleh Ferrari Classiche sebelum bersedia untuk menerima pemilik baharu.

Secara perbandingan, harga jualan bagi model klasik Ferrari ini berkisar sekitar $500 ribu (RM2,354,650), namun harga tersebut dijangka meningkat melihatkan kepada sejarah yang dilakarkan sepanjang tempoh hayat Ferrari 250 GTE Squadra Mobile ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…