Kereta Playboy?

oleh Penyumbang Rencana 2|
Perkataan Playboy pada masyarakat kita digambarkan majalah untuk lelaki dewasa dan produk keluaran playboy bertelinga arnab ataupun imej lelaki yang memiliki ramai teman wanita mungkin juga lelaki Kasanova yang tak berguna. Penggunaan perkataan Playboy sebenarnya bermula dari syarikat kereta Playboy Motor Car Corpration yang ditubuhkan pada 1946, syarikat ini berpusat di New York, Amerika Syarikat.


Syarikat ini ditubuhkan oleh Lou Horowitz, Norm Richardson dan Charlie Thomas. Sasaran syarikat menghasilkan kereta mampu milik dibawah harga USD 1,000.00 bersamaan nilai sekarang USD 11,260.00 (RM 46,500.00) dan menghasilkan kereta untuk kegunaan bandar atau kereta kedua. Semua ini bermula apabila dunia sudah tamat dari Perang Dunia Ke 2 dan syarikat kereta yang sebelum ini menghasilkan peralatan perang kini beralih mengeluarkan kereta semula dan mendapat sambutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Prototaip kereta keluaran Playboy Motor Car Corp siap pada febuari 1947 dan dipamerkan di Hotel Statler di Buffalo. Prototaip ini dikuasakan dengan enjin 4 silinder 48  kuasa kuda, trasmisi 3 kelajuan dan rekabentuk badan Convertible, menerima respon yang  positif dari prototaip yang dipamerkan, syarikat mengambil langkah menghasilkan kereta pra tempah sebanyak 95 unit yang dibina menggunakan tangan sepenuhnya.

 

px 2
 

 

Bukan sahaja menerima publisiti kepada bakal pembeli, Playboy juga menerima permintaan dari pengedar kereta diseluruh Amerika Syarikat yang berminat menjadi pengedar kereta Playboy, dilaporkan Playboy berjaya menarik peminat sehingga 800 pengedar kereta. Playboy Motor Car Corp merancang mengeluarkan kereta sehingga 100 ribu kereta setahun tetapi memerlukan dana dari pelabur USD 20 juta.

 

3


Tetapi skandal Tucker Corp yang hangat diakhir tahun 1940an yang didakwa menyeleweng wang pelabur menjejaskan hasrat Playboy untuk menarik pelabur, pelabur-pelabur bimbang untuk melabur kepada syarikat kereta yang baru. Populariti skandal yang melanda Tucker Corp pernah difilemkan dilayar perak pada 1988 dengan tajuk Tucker: The Man and His Dream.

 

4

 

Setelah gagal menarik pelabur Playboy Motor Car Corp muflis pada 1949. Dilaporkan kereta yang berjaya dihasilkan hanya 97 unit termasuk prototaip. Sehingga kini hanya 43 unit kereta Playboy yang masih dalam keadaan baik. Playboy juga menghasilkan satu prototaip kereta station wagon.

 

5

Apa kantai kereta Playboy Motor Car dan majalah Playboy yang diasaskan oleh Hugh Hefiner?
Pada 2010 rancangan siri biografi The E! True Hollywood Story, Hugh Hefiner memberitahu mendapat idea untuk nama Playboy kerana ibu sahabatnya pernah berkerja di Playboy Motor Car Corp, sahabatnya memberi cadangan kepada Hugh Hefiner untuk menggunakan nama Playboy pada majalah terbitan pertamanya. Perbezaan logo Playboy oleh Hugh Hefiner dan Playboy Motor Car.

 

6

 

Katalog kereta Playboy.

 

7

 

8

 

9

 

 

 

Penulis : Muhamad Qalif
Pautan Rujukan :
- Playboy Motor Cars : http://www.playboymotorcars.com/home
-  The History of the Playboy Car : https://apexautomag.com/2016/06/history-playboy-car/
- Playboy Automobile Company : https://en.wikipedia.org/wiki/Playboy_Automobile_Company