Kereta rempuh bangunan kedai; dua maut, dua parah

oleh SALINA JALIL|
Dua lelaki maut manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas merempuh bangunan kedai di Jalan Besar berhampiran Wisma Kastam, Kuantan lewat petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.50 petang itu, pemandu kereta, P Kalai Vaanan, 35, beralamat di Bidor, Perak dan penumpang belakang, M Praveendran, 18, dari Bukit Setongkol di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Mangsa yang parah ialah P Mogan Raj, 20, dan Minggan Anak Lanjang, 25.

 

Tiga daripada mangsa merupakan pekerja sebuah kilang di Gebeng di sini manakala seorang lagi (M Praveendran) tidak bekerja.

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kereta jenis Suzuki Swift yang dinaiki empat mangsa itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Teluk Sisek menghala ke bandar Kuantan.

 

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar tiang bangunan kedai yang berada di kiri jalan.

 

 

"Akibat kejadian itu, pemandunya dan seorang penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan serta seorang lagi penumpang belakang parah," katanya.

 

Mohamad Noor berkata, mayat dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

 

Katanya, dua mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai 11 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera ke lokasi kejadian.

 

"Pihak bomba berjaya mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan dua mangsa yang disahkan meninggal di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

"Operasi menyelamat ditamatkan jam 8.38 malam tadi," katanya.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…