Kereta Singapura 'curi' isi minyak RON95 - KPDNHEP siasat video

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Johor Bahru, hari ini ketika dipercayai mengisi petrol RON95.


Video berdurasi kira-kira seminit 10 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju putih yang ingin mengisi minyak kenderaannya dan kemudian secara jelas mengangkat nozel berwarna kuning iaitu minyak petrol RON95.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lelaki itu kemudian dilihat meletakkan semula nozel berwarna kuning berkenaan selepas tindakannya itu dipercayai disedari petugas stesen minyak terbabit.

 

Dia kemudian dilihat terus beredar menaiki keretanya. Berdasarkan hantaran itu, kejadian dipercayai berlaku jam 6.55 pagi tadi dekat Taman Century di sini.

 

Petugas stesen minyak mendakwa lelaki itu tidak mengendahkan arahan yang memintanya menunggu, sebaliknya lelaki Singapura itu dikatakan sempat mengisi 13 liter petrol RON95 beredar tanpa membayar.

 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat video yang dimuat naik ke media sosial berkenaan.

 

"Pada masa ini, pihak kami akan siasat mengenai 'posting' (hantaran) tersebut. Terima kasih," jawabnya ringkas.

 

Beliau juga meminta orang awam sentiasa menyalurkan maklumat atau aduan kepada pihak KPDNHEP mengenai sebarang salah laku yang berkaitan.

 

Aduan boleh disalurkan antaranya menerusi emel ke [email protected], talian aduan WhatsApp019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

 

Umum mengetahui penjualan petrol RON95 adalah dilarang bagi kenderaan nombor pendaftaran asing.

 

Pemilik stesen minyak yang didapati gagal memantau penyalahgunaan petrol RON95 boleh disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…
Berita Domestik
Pesawat itu mendarat di Langkawi untuk mengisi minyak sebelum menyambung penerbangan ke destinasi…
Berita Domestik
Menerusi rakaman tular itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan…