Kereta sports Maserati bakal menggunakan enjin buatan sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Kebiasaannya, imej-imej spyshot diperoleh daripada jurukamera yang berpengalaman dalam mendapatkan gambar-gambar sedemikian, namun Maserati mengambil jalan yang berbeza dengan menerbitkan sendiri gambar test mule kereta sports terbaharu mereka.

Kereta yang sarat dengan pelekat samaran yang terdapat di Modena itu dikatakan bakal diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mei tahun hadapan.

Tidak banyak info yang diketahui setakat ini, namun Maserati sedang membangunkan enjin buatan sendiri yang disifatkan sebagai enjin perintis eksklusif yang tidak akan terdapat di mana-mana kenderaan kumpulan FCA dan PSA. 
 


Apa yang pasti, Maserati masih lagi mengumpulkan data-data pemanduan dunia nyata - termasuklah aspek mekanikal dan hasil akhir kerja badan - menerusi simulator tercanggih di dunia yang terletak di Maserati Innovation Lab. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…
Berita Global
Di bawah program baharu ini, Maserati melanjutkan perlindungan terhadap komponen trenkuasa seperti…
Berita Global
Maserati MC20   Project24 membawakan spesifikasi Maserati MC20 yang dipertingkatkan dengan…