Kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, penonton maut dirempuh

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah di Pasir Salak petang Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke tepi litar.

 

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

 

Setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang dan disahkan meninggal dunia.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun sebarang penganjuran…