Kereta terhenti dengan sendiri - BMW panggil balik lebih 300k unit kenderaan di UK

oleh Mohamad Hanif|
BMW kini memanggil semula 312,000 kenderaan mereka di UK setelah mengesan satu isu yang menyebabkan kereta tersebut terhenti dengan sendiri di tengah jalan tanpa sebarang amaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen panggil semula ini merupakan susulan kepada panggilan recall yang telah dibuat sebelum ini melibatkan 36,000 unit BMW atas insiden yang serupa. 
 

Menurut BMW, antara kenderaan yang terlibat termasuklah model 1 Series, 3 Series, Z4 dan X1 yang diproduksikan bermula Mac 2007 sehingga Ogos 2011. 

Masalah kerosakan sistem elektrik pada model BMW ini berpunca daripada kerosakan kabel elektrik yang mampu menyebabkan kehilangan kuasa seterusnya mematikan sistem aliran elektrik secara keseluruhan.

Masalah ini dikesan ketika insiden pelanggaran oleh seorang penunggang yang kemalangan akibat cuba mengelak daripada kereta BMW yang terhenti di tengah jalan tanpa sebarang isyarat kecemasan. 
 

Penunggang tersebut, Narayan Gurung dilaporkan meninggal dunia akibat terbabas melanggar pokok ketika cuba mengelak daripada kereta BMW tersebut. 

Pada mulanya, BMW tidak mengusulkan kempen panggil semula kerana BWM mendakwa pemandu masih boleh mengawal kenderaan mereka dan berhenti dengan selamat walaupun kereta mereka kehilangan punca kuasa elektrik secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, menerusi desakan daripada Driver and Vehicle Standards Agency (DVSA), BMW akhirnya akur untuk memanggil semula 36,000 unit kenderaan yang disyaki terkesan setelah dua bulan kematian Gurung. 
 

Menurut peguam yang mewakili keluarga Gurung turut menegaskan kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan kemalangan yang lebih teruk kerana pengguna lain tidak mampu mengesan isyarat atau lampu daripada kenderaan BMW yang terhenti secara tiba-tiba. 

BMW tidak mengeluarkan kenyataan lanjut berkenaan isu ini memandangkan kes ini masih di dalam proses perbicaraan. 
 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…