Kereta terjunam sungai, tiga mangsa selamat

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita mengalami kecederaan selepas kereta jenis Perodua Axia dinaikinya bersama dua lagi individu terbabas dan terjunam ke dalam anak sungai di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands malam tadi

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa, Rosmaliza Dollah, 45 tahun cedera di bahagian muka manakala pemandu kereta Mohd Sharaffi Hashim, 51 dan seorang lagi penumpang Nazilawati ismail, 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Bangi, Selangor menuju pulang ke Kuala Krai, Kelantan.

Menurutnya kesemua mangsa yang beralamat di Kuala Krai itu baru sahaja tamat menjalani kursus Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Bangi.

“Ketika di tempat kejadian, keadaan jalan adalah gelap. Jadi, semasa hendak masuk ke selekoh, pemandu telah keliru dengan arah laluan di situ.

Kereta yg terjunam

“Pemandu dikatakan nampak besi penghadang di jambatan yang ada di situ seolah-olah seperti pagar, lalu hanya memandu terus sebelum masuk ke sungai. Selain mangsa tidak biasa dengan jalan berkenaan, cat garisan putih di jalan dan cat di jambatan juga sudah lusuh,” katanya.

Menurut Wan Azharuddin, selepas kenderaan terjunam ke dalam sungai, pemandu telah berjaya menyelamatkan diri sementara dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan rakan-rakan daripada dua kenderaan lain.

Katanya, kemalangan mengakibatkan kereta berkenaan tersangkut pada batu serta celahan kayu balak dan mangsa keciciran dokumen peribadi di lokasi akibat air sungai deras 

Mangsa telah dibawa dengan Ambulan APM ke Hospital Tapah untuk rawatan susulan.