Kereta Tesla kerap jadi mangsa serangan tikus!

oleh Mohamad Hanif|
Pemilihan bahan mentah untuk sesetengah komponen kenderaan sebenarnya bukan sahaja memainkan peranan penting terhadap kos penghasilan, ia juga mampu menyelamatkan alam sekitar.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Namun, pemilihan bahan yang salah ternyata mampu mengundang masalah yang tidak dijangka - serangan tikus!

Salah satu pengeluar yang kerap menghadapi masalah ini adalah Tesla, di mana menurut laporan New York Post, aduan terhadap Tesla berhubung serangan tikus kini semakin meningkat dan menimbulkan kerisauan di kalangan pemilik.

Manakan tidaknya, bayar kereta mahal-mahal akan tetapi kereta rosak disebabkan serangan haiwan.

 


Menurut penasihat servis Tesla Jose Solis, "kebanyakan pengeluar automotif kini menggunakan bahan berasaskan kacang soya pada bahan penebat wayar berbanding bahan berasaskan petroleum disebabkan ia lebih murah dan mampu melindungi alam sekitar.

Penggunaan bahan berasaskan soya untuk penebat pendawaian telah lama dikritik disebabkan ia mampu menarik kehadiran haiwan seperti tikus, malah sesetengah pengeluar berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan isu yang sama.

Namun, Tesla sehingga kini dilaporkan belum pernah berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan permasalahan ini.

Menurut laporan itu lagi, peningkatan kenderaan Tesla di sesetengah bandar yang memiliki populasi tikus turut menyumbang kepada masalah serangan tersebut, disebabkan haiwan tersebut mencari alternatif selain daripada sisa makanan dan bahan buangan.

Sumber: New York Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…