Kerjasama Allianz Malaysia, 11street tawar produk perlindungan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Allianz Malaysia mengorak langkah baharu menerusi jalinan kerjasama dengan salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, 11street bertujuan untuk memberikan produk perlindungan yang memenuhi segenap keperluan pengguna yang kini boleh didapati menerusi platform beli-belah atas talian berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Langganan insurans kini lebih mudah dan lancar dengan tiga produk komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan. 

Produk-produk ini termasuk; 

Personal Accident Insurance 

  • memberi persediaan terhadap perkara-perkara yang tidak dijangka pada setiap masa 
  • layak menerima ganti rugi berganda apabila berlaku kematian atau keilatan kekal serta kemudahan tanpa tunai bagi kemasukan dan keluar daripada hospital
  • merangkumi liputan bagi perbelanjaan perubatan dan kes ragut.

Roadside Assistance Program  

  • menyediakan perlindungan komprehensif kepada pemandu apabila kereta mereka rosak tanpa had 24 jam
  • manfaat kereta ganti secara percuma bagi tempoh 5 hari. 

Smart Home Cover 

  • memberi ketenangan minda kepada pelanggan apabila mengetahui bahawa kediaman yang dimiliki dilindungi.

 


Menurut Ketua Inovasi dan Usahasama Digital, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Michael Fong berkata: “Dengan meneroka pendekatan baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting ke arah melindungi diri dan keluarga mereka, di samping mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan umum.”

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan & Usaha Sama 11street, Henry Ho berkata: “Melihatkan kepada trend semakin ramai golongan berusia 25 hingga 35 tahun bergantung kepada platform beli-belah atas talian untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka, kami merasakan usaha ini merupakan tambahan penting kepada kepelbagaian penawaran produk sedia ada di 11street.”

Untuk melanggan sebarang produk insurans ini, layari Allianz Insurance Official Store di 11street. Seorang ejen khusus akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 3 hari untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi terbitan polisi perlindungan.

Allianz Insurance Official Store @ 11street

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.11street.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Berita Domestik
Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…