Kerjasama Bosch, SOCAR Tambah Baik Pengalaman Perkongsian Kereta Di Malaysia.

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: SOCAR
Kehidupan lebih baik, masyarakat diutamakan. Itulah misi Bosch dalam mewujudkan mobiliti tanpa tekanan, di mana semua individu bersama muatan mereka boleh bergerak dengan bebas dan menjalani kualiti kehidupan dengan baik.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Sehubungan dengan itu, kerjasama pintar di antara Bosch dan SOCAR iaitu sebuah syarikat aplikasi sewa atau perkongsian kereta telah diadakan baru-baru ini.

Terdapat sejumlah bilangan pemilik kereta yang mengambil peluang untuk menjana pendapatan dengan menawarkan kereta mereka untuk disewa atau dikongsikan bersama penumpang yang lain menerusi aplikasi ini. 

Namun terdapat beberapa risiko terhadap penjagaan bahagian dalaman atau luaran kereta yang perlu dihadapi oleh pemilik jika ia dipandu oleh orang lain.

Bersandarkan kepada pendekatan IoT 3S Bosch terhadap sistem pengesan (sensor), perisian (software) dan perkhidmatan (services), ia dapat menumpukan penyelesaian terhadap keadaan sebenar dalam kereta semasa ia digunakan. 

Ia menerusi teknologi penderiaan dalam kenderaan (IVS) yang dipasangkan mampu untuk mengesan sebarang kerosakan jika ia terjadi. Malah ia juga merangkumi pengesanan terhadap kerosakan yang luar biasa pada kenderaan supaya pemilik dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan segera. 

Sementara itu, Bosch juga akan mengembangkan kerjasama ini ke bengkel-bengkel alat ganti bersama-sama TREVO iaitu sebuah platform perkongsian kereta pengguna-ke-pengguna (P2P) bersama anak syarikat SOCAR.

Bosch akan mempromosikan TREVO hampir 5,000 bengkel alat ganti di seluruh Malaysia melalui program kesetiaan eXtra. Disamping itu, bengkel-bengkel tersebut juga akan mendapat manfaat apabila pelanggan mereka mendaftar sebagai pengguna baharu TREVO.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…