Kerjasama Institut Automotif Negara dan AucNation Synergy bakal tingkatkan industri kereta terpakai

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

AucNation Synergy Sdn Bhd (AucNation Synergy) hari ini telah menjalinkan kerjasama industri dengan Institut Automotif Malaysia (MAI) semasa majlis pelancaran servis baharu dari AucNation Synergy iaitu Vehicle Inspection Management System (VIMS).

 

AucNation Synergy merupakan sebuah organisasi yang menyediakan penyelesaian pengurusan automotif sejak dari tahun 2014, dan komited terhadap pendidikan dan transformasi industri kereta terpakai di Malaysia.

 

Dalam usaha untuk meningkatkan industri kereta terpakai di Malaysia, jalinan kerjasama antara MAI dan AucNation Synergy juga akan menjalankan program latihan yang komprehensif di MAI Bukit Beruntong bagi menyokong Polisi Automotif Nasional.

 

“MAI secara aktif akan mengenal pasti rakan strategik yang boleh memanfaatkan teknologi dan kepakaran untuk menambah nilai kepada industri kenderaan terpakai di Malaysia. VIMS dan juga program latihan ini mempunyai potensi dalam meningkatkan perdagangan kereta terpakai di Malaysia” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Datuk Madani Sahari.

 

VIMS direka khas untuk menyediakan sijil untuk kereta-kereta yang telah dibaikpulih dan kereta tepakai sekaligus dapat mengesan nilai kereta terpakai.

 

VIMS merupakan pemeriksaan kenderaan berasaskan web yang terdiri daripada dua analisa iaitu analisa visual (VA) yang menggunakan Pen Based Computer (PBC) dan analisa diagnostik (DA) menggunakan peranti On-Board Diagnostik 2 (OBD 2).

1. Analisa Visual

  • Bingkai utama (sejarah kemalangan, penggantian bahagian atau baik pulih)
  • Luaran (keretakkan dan kemek; cat, penggantian panel)
  • Dalaman (bau, keadaan tempat duduk, keadaan aksesori dalaman)
  • Komponen mekanikal (minyak bocor, bunyi bising yang tidak normal, asap ekzos yang berlebihan)

2. Analisa Diagnostik

  • Fokus pada bahagian enjin dan transmisi

Pemeriksan VIMS akan mengambil masa dalam 30 hingga 40 minit. Data yang diperoleh daripada analisa akan disimpan dalam "web server" dan boleh digunakan semula apabila diperlukan. Pelanggan yang menjalankan pemeriksaan VIMS juga akan menerima sijil analisa yang sah dalam tempoh 90 hari dalam masa hanya 48 jam untuk membantu mereka membuat keputusan dalam urus niaga.

 

“VIMS mempunyai potensi untuk mengatasi cabaran terbesarnya iaitu, keselamatan dan kualiti kereta terpakai dan juga yang telah dibaikpulih. VIMS bukan sahaja akan memberi analisis yang mendalam mengenai keadaan kereta terpakai malah membolehkan kita untuk mengenalpasti modifikasi atau penambahan yang mungkin mengancam keselamatan dan ketahanan kereta” kata Pengerusi AucNation Synergy, Datuk Nik Izani Bin Nik Ibrahim.

 

Pelancaran VIMS kini bersedia untuk membuka jalan bagi profesionalisme yang lebih besar dalam industri dengan kerjasama dari AIS Japan dan AucNation Synergy, dan kerjasama latihan bagi graduan kejuruteraan dengan MAI dan sokongan dari Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Minggu lalu, Careta diberikan peluang untuk mengikut sama menyertai acara International Engineering…
Berita Domestik
Model perniagaan bengkel bebas bakal menyaksikan satu anjakan baharu menerusi program Integrated…
Berita Domestik
Menurut CEO Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dato' Madani Sahari berkata,…