Kerjasama Luminox & ulang tahun ke-90 ICE-SAR, jam tangan ICE-SAR Arctic 1000 Series dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
ICE-SAR, atau lebih dikenali dengan nama The Icelandic Association for Search and Rescue telah lama ditubuhkan pada tahun 1928 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas menyelamat di kawasan cuaca ekstrem di sana disebabkan kekurangan ketumbukan tentera professional.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 90 buah pasukan berasingan dan 8,000 orang sukarelawan yang bernaung di bawah ICE-SAR dengan bangganya meneruskan tradisi menjaga keselamatan dan menjalankan program SAR biarpun terpaksa bertarung dengan cuaca dan suasana yang tidak menentu. 
 


Kedudukan geografi Iceland yang menempatkan kawasan glasier dan lingkaran aktif gunung berapi, gempa bumi dan siang malam yang tidak menentu sudah menjadi lumrah kepada sukarelawan di negara yang mempunyai populasi seramai 330,000 orang itu. 

Demi mempersiapkan diri menghadapi keadaan yang mencabar, setiap sukarelawan perlu menjalani latihan selama 18 bulan sebelum dibenarkan menyertai misi pertama mereka. 
 


Luminox yang terkenal dengan keupayaan jam tangannya untuk bertahan di dalam lautan, udara dan darat kini berbangga kerana dilantik menjadi rakan kongsi rasmi bagi ICE-SAR dan menjadi sebahagian daripada mereka bersempena dengan ulang tahun ke-90 penubuhan kumpulan itu. 

Serentak dengan itu, Luminox telah menghasilkan jam tangan khusus ICE-SAR Arctic 1000 Series yang terdiri daripada lima model yang berbeza dan satu daripadanya merupakan edisi terhad. 
 


Kesemua lima model di bawah siri ICE-SAR Arctic 1000 Series ini menggunakan casis CarbonoxTM 46mm menggunakan bahan berasaskan karbon - 6 kali lebih ringan daripada besi dan 3 kali lebih kuat berbanding titanium - dengan ciri hipoallergenik, tahan lasak dan tahan gegaran. 

Manakala permukaan jam pula dilindungi oleh penggunaan kristal sapphire tahan calar dan kalis air pada kedalaman sehingga 200 meter. 
 


Seperti mana jam Luminox sedia ada, siri ICE-SAR ini turut menampilkan teknologi LLT (Luminox Lighting Technology) yang menggunakan tiub gas tritium memberikan pencahayaan di dalam gelap tanpa bantuan mana-mana cahaya luar selama 24 jam sehingga 25 tahun lamanya. 

Rekaan bezel jam ini banyak dipengaruhi oleh logo rasmi ICE-SAR manakala setiap jarum jam tangan ini mengambil inspirasi daripada cangkuk carabiner yang selalu digunakan oleh sukarelawan ketika menjalankan misi menyelamat. 
 


Apa yang menarik pada jam tangan ICE-SAR ini ialah penampakan angka 12 pada muka jam ini telah digantikan dengan angka '112' - nombor kecemasan yang biasanya digunakan di Eropah dan USA. 
 


Terdapat empat rekaan dial yang ditawarkan oleh Luminox iaitu hitam, hitam merah, biru dan juga putih, selain menggunakan strap getah yang dijahit dengan tekstil dan buckle CarbonoxTM
 


Manakala edisi terhad (900 unit sahaja) pula hadir dengan rekaan dial berwarna biru dan menampilkan angka 90 pada kedudukan jam 9 menandakan ulang tahun ke-90 ICE-SAR beserta logo organisasi tersebut pada kedudukan jam ke-6.

Sebagai pasukan professional terlatih yang akan bergerak ke mana sahaja demi memenuhi tugasan, mereka tentu memerlukan sebuah jam yang mampu memberikan bacaan yang tepat dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan yang mendatang, baik di kawasan gempa bumi, di dasar lautan, keadaan malam dan siang yang amat panjang. 

Luminox sebagai rakan kongsi rasmi ICE-SAR amat berbesar hati memperkenalkan edisi ICE-SAR Arctic 1000 Series sebagai salah sebuah daripada peralatan wajib para sukarelawan bersejarah itu. 


ICE-SAR Arctic 1000 Series dijual pada harga RM3,450 dan boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson Sunway Velocity, Isetan KLCC, Isetan 1Utama, SOGO serta mana-mana pengedar jam tangan utama di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Crystal Time (pengedar rasmi jenama Luminox) di alamat www.crystaltime.com.sg atau laman Facebook di www.facebook.com/LuminoxMalaysiaBrunei atau menghubungi talian +603 2938 3938. 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ditawarkan dalam tiga variasi warna muka jam yang berbeza iaitu biru, hitam dan hitam merah, di…
Gaya Hidup
  Kesemuanya akan mula masuk ke pasaran Malaysia bermula bulan hadapan dan boleh didapati dari…
Berita Global
Luminox Jungle Survival Course merupakan satu program tahunan Luminox yang mengumpulkan 26 peserta…