Kerjasama Mitsubishi, NIOSH bangunkan program latihan pemanduan defensif

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MoU yang termeterai antara kedua belah pihak itu bakal menyaksikan kerjasama bagi membangunkan program latihan Pemanduan Selamat dan Defensif (SDD), serta berkongsi pengetahuan bagi tujuan pembangunan produk.

Program latihan tersebut direka untuk mengenalpasti bahaya dan mengambil langkah pencegahan ketika pemanduan, selain mengajar kemahiran dan teknik pemanduan yang betul, khusus buat para pelanggan korporat MMM yang menggunakan kenderaan Mitsubishi di tempat kerja.

Program ini juga diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) Malaysia.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, "menerusi kerjasama ini, kombinasi antara kepakaran, pengetahuan, skill dan pengalaman daripada NIOSH dan MMM bakal melengkapkan para pelanggan korporat kami dengan kemahiran teknikal, serta mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

MMM juga berharap lebih banyak program keselamatan dan kesihatan dapat dibangunkan selari dengan hasrat dan polisi Keselamatan dan Kesihatan Negara (OSH) bagi melindungi pekerja di kawasan yang selamat dan kondusif.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…