Kerjasama VINGROUP, AAPICO bakal hasil sedan, SUV pertama dari Vietnam

oleh Mohamad Hanif|
Projek kereta nasional Vietnam yang pertama kini semakin hampir kepada realiti dengan termeterainya tandatangan MOU di antara syarikat Vietnam, VINGROUP dan syarikat AAPICO daripada Thailand.

Kerjasama yang bernilai USD 60 juta itu dijangka akan menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah sedan dan SUV menjelang suku ketiga tahun hadapan, dengan penghasilan Body in White (BIW) dijalankan di kilang VINFAST Trading and Production LLC Supplier Park di Haiphong, Vietnam. 
 


Menurut Naib Presiden dan CEO VINGROUP, Nguyen Viet Quang, kerjasama kali ini dijangka akan menarik minat lebih ramai pelabur domestik dan luar negara untuk menyertai industri automotif Vietnam. 

VINGROUP merupakan salah sebuah syarikat konglomerat terbesar di Vietnam, telah melancarkan jenama automotif mereka tersendiri iaitu VINFAST Automotive Manufacturing Project pada September 2017 sebagai sebuah jenama automotif pertama dari negara itu. 

Presiden dan CEO AAPICO Thailand, Yeap Swee Chuan berkata "AAPICO amat berbesar hati dipilih sebagai rakan di dalam usahasama ini yang menjadi momen bersejarah kepada Vietnam (menjelang pelancaran model pada tahun 2019)."
 


AAPICO Hitech Plc merupakan pembekal dan pembuat alat ganti terbesar di Thailand dan menerusi kerjasama dengan VINGROUP ini, AAPICO bertanggungjawab di dalam pengurusan pembuatan kenderaan termasuklah perkongsian teknologi, reka bentuk serta hal-hal yang berkaitan.

Usahasama ini merupakan projek skala terbesar yang pernah diambil oleh AAPICO dan juga projek usahasama antarabangsa kedua selepas melabur di dalam Sakhti Automotive Group sebanyak US $100 juta bagi memegang 25.1% saham di dalam syarikat Michigan itu. 
 


Setakat ini tiada info dan spesifikasi lanjutan berkenaan sedan dan SUV pertama yang bakal dihasilkan oleh Vietnam itu. 

Sumber: Motorme

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Nikkei, kerugian tersebut disumbangkan oleh prestasi jualan kenderaan konvensional di…
Berita Global
Untuk memastikan perancangan itu berjaya, Vingroup bercadang untuk menjual sebanyak 15,000 unit…
Berita Global
Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun pertama negara komunis itu menganjurkan perlumbaan Formula Satu…