Kerusi keselamatan kanak-kanak hanya untuk kenderaan persendirian - Loke

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ (CRS) pada kenderaan lain seperti bas dan ambulans.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini Kementerian Pengangkutan hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.

 

“Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain, namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama ini, kita hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.

 

“Ini kerana untuk melaksanakan langkah baharu, bukan mudah dan memang sukar, maka kita mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian ini.

 

“Selepas itu, kita akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai pelan masa hadapan penggunaan CRS, seperti dalam ambulans dan bas.

 

 

crs

 

Berhubung isu harga CRS yang dikatakan agak mahal hinggakan menjadi kerisauan orang ramai, Loke berkata, ia akan mengalami penurunan harga apabila berlakunya peningkatan permintaan dan penawaran.

 

“Kita akan ambil langkah bagi mengurangkan kos untuk memiliki CRS, termasuklah pembabitan daripada pihak swasta.

 

“Namun begitu, sudah tentu apabila kita mewajibkan peraturan ini maka akan mewujudkan pasaran yang besar sebab setiap orang memerlukan kerusi ini dan kita akan lihat penurunan harga dan penawaran yang banyak,” katanya.

 

 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, dasar itu antara lain memuatkan perincian mengenai caruman Pertubuhan…
Berita Global
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Kementerian Pengangkutan sudah menerima…
Berita Domestik
  Katanya, mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan…