Kes 2 Mercedes kuning berlumba: Saman RM500 dan gantung lesen selama 6 bulan!

oleh SALINA JALIL|
Dua lelaki termasuk suami seorang pengasas kosmetik didenda RM500 dan digantung lesen memandu selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, Kota Bharu, atas kesalahan menduga kelajuan kereta mewah jenis Mercedes Benz, bulan lalu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman selepas suami pengasas kosmetik itu, Arif Md Nor, 31, dan rakannya, Ahmad Sufian Abdullah, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama berada di atas jalan bagi tujuan menduga kelajuan kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna kuning bernombor pendaftaran AKU 7471 dan F 2239.

 

Kesalahan dilakukan jam 2 pagi, pada 17 Januari lalu di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor, berhampiran Pusat Servis Honda Kubang Kerian di sini.

 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.

 

Prosiding pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.

 

Terdahulu, mereka memohon hukuman ringan dan insaf atas kesalahan itu, bagaimanapun Siti Aisyah memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

 

Mereka kemudian menjelaskan denda dan dibebaskan.

 

Akhbar sebelum ini melaporkan, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 30-an susulan kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian-Pasir Hor di sini.

 

Rakaman video kejadian itu turut dimuat naik ke laman Facebook dan menerima kecaman ramai kerana perbuatan itu didakwa, mengganggu kelancaran lalu lintas serta berbahaya kepada orang awam.

 

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan aduan diterima polis melakukan pemantauan mendapati kegiatan kumpulan itu semakin aktif…
Berita Domestik
Fisol berkata sekiranya ada motosikal, kereta  dan basikal yang diubah suai dan tidak mengikut…
Berita Domestik
"Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal…