Kes Bezza lawan arus di SKVE, suspek sudah ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu Perodua Bezza yang memandu melawan arus di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang semalam, terlebih dahulu mengganggu serta melanggar pagar rumah penduduk di Jenjarom, dekat sini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian itu berlaku di Taman Rambai Indah kira-kira jam 11.30 pagi dengan laporan polis mengenainya juga sudah dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan suspek dalam laporan polis dibuat pengadu berusia 57 tahun di Jenjarom itu, adalah individu sama yang memandu melawan arus dan melanggar dua penunggang motosikal di SKVE.

Mengulas lanjut, katanya polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki tidak dikenali berada di hadapan rumah pengadu dalam keadaan mabuk.

 "Menurut laporan, suspek membuat bising dengan mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan rumahnya sambil memegang pisau serta botol minuman keras.

"Suspek juga dipercayai cuba memasuki rumah pengadu," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Ridhwan berkata, suspek bagaimanapun kembali tidak lama kemudian dengan menaiki Perodua Bezza dan merempuh masuk serta melanggar pintu pagar rumah pengadu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


"Suspek keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam rumah sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan pengadu.

"Semasa pertengkaran, suspek menampar anak lelaki pengadu menyebabkan mangsa cedera pada muka, selain pengadu turut mengalami kerugian akibat kerosakan pintu pagar dianggar RM1,800," katanya.

Beliau berkata, suspek yang turut cedera akibat kemalangan ketika memandu melawan arus di SKVE itu sudah ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Bagi kesalahan jenayah pula, kes disiasat mengikut Seksyen 427, 448 dan 323 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Hal ini kerana, katanya, semua perjanjian itu membabitkan kereta dengan nombor casis dan nombor…
Berita Domestik
"Jam 12.04 tengah hari, Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berkenaan kematian seorang…
Berita Domestik
Kumpulan itu juga menyatakan untuk 11 bulan pertama 2023, jualan automotifnya meningkat sebanyak 16…