Kes Carlos Ghosn - komplot dalaman eksekutif Nissan?

oleh Mohamad Hanif|
Kes yang melibatkan bekas bos Nissan, Carlos Ghosn menjadi semakin menarik perkembangan plotnya apabila ia didakwa merupakan komplot terancang antara eksekutif di dalam Nissan itu sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg mendedahkan bukti yang menunjukkan terdapat usaha di peringkat dalaman yang mahu menyingkirkan Ghosn serta memulangkan kembali lebih kuasa kepada Nissan.

Adalah difahamkan sebelum ini, bekas CEO dan bekas pengerusi pakatan Renault-Nissan menginginkan gabungan penuh antara kedua-dua pengeluar automotif Jepun dan Perancis.

Dalam salah satu emel yang dihantar pada pertengahan tahun 2018, salah seorang daripada eksekutif Nissan dilaporkan menulis satu hantaran kepada rakan sekerja supaya 'meneutralkan inisiatif Ghosn sebelum ianya terlalu lewat'.

Walaubagaimanapun, Nissan dalam satu kenyataan Selasa lalu menyebut, "kami sedar akan kehadiran berita yang melaporkan beberapa dokumen yang tersebar, dan ia disyaki dokumen yang sengaja diadakan atau dipalsukan supaya ia dilihat sebagai emel yang dihantar oleh individu di dalam Nissan.

Bekas pengerusi tersebut menghadapi tuduhan jenayah di Jepun dan berjaya melarikan diri ke Lubnan telah menolak segala dakwaan yang dihadapkan akibat salah laku kewangan, dan mendakwa beliau merupakan mangsa konspirasi antara Nissan, pendakwaraya dan juga kerajaan Jepun.

Sumber: Bloomberg, Financial Times

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…