Kes Charlos Ghosn: Tujuh orang didakwa di Turki

oleh Mohamad Hanif|
Tujuh orang telah dihadapkan ke mahkamah Turki atas kesalahan membantu bekas bos Nissan Charlos Ghosn melarikan diri dari Jepun pada Disember lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada BBC, tujuh orang yang didakwa itu termasuklah empat orang juruterbang, dua orang pramugari, serta seorang eksekutif syarikat penerbangan.

Juruterbang dan eksekutif penerbangan tersebut telah didakwa atas kesaslahan penyeludupan migran manakala kru yang lain pula dituduh gagal untuk melaporkan kegiatan jenayah.

Kesemua suspek telah ditahan pada 2 Januari yang lalu.

Pada 29 Disember tahun lalu, Ghosn berjaya melarikan diri dari Jepun kerana mempercayai beliau tidak menerima layanan keadilan yang sewajarnya dari kerajaan Jepun.

Ghosn meninggalkan rumahnya di Tokyo menuju ke Osaka menaiki keretapi sebelum dipindahkan ke dalam jet peribadi menggunakan kotak yang biasanya digunakan untuk mengisi peralatan muzik.

Carlos Ghosn dipercayai terbang ke Dubai terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke dalam pesawat peribadi kedua menuju ke Beirut, Lubnan.

Syarikat penerbangan Turki MNG Jet sebelum ini mengesahkan dua daripada pesawat milik mereka telah digunakan di dalam misi pelarian Ghosn dan telah memfailkan aduan jenayah berhubung kes tersebut.

Pada bulan Februari, Nissan telah memfailkan tuntutan sivil bernilai 10 billion yen (RM395 juta) terhadap Ghosn yang berkaitan dengan pelanggaran tugas Ghosn sebagai pengarah syarikat serta penyalahgunaan terhadap sumber dan aset syarikat.

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…