Kes curi barang MotoGP di Sepang - mungkin geng profesional terbabit

oleh HEZERI SAMSURI|
Kes kecurian komponen pasukan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam nampaknya mungkin dilakukan oleh sindiket profesional.

Ini berdasarkan kenyataan CEO SIC, Datuk Razlan Razali yang ditemuramah oleh New Straits Times.

Laporan tersebut mengesahkan ada lima atau enam pasukan MotoGP yang bertanding di dalam kategori Moto2 dan Moto3 mengalami kejadian kecurian di khemah masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Insiden tersebut disyakki berlaku antara jam 1.00 pagi dan 6.00 pagi ketika hujan lebat. 

Paling teruk ialah pasukan Angel Nieto yang kehilangan banyak komponen-komponen untuk jentera Moto2 dan Moto3 mereka.

Razlan tidak menyangkal dakwaan bahawa ada kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket yang mempunyai pertalian di peringkat antarabangsa.

"Saya bermesyuarat dengan pasukan Angel Nieto pagi semalam dan diberitahu bahawa mungkin ada sindiket yang terbabit kerana mereka tahu apa yang hendak dicuri," ujarnya kepada NST.

"Contohnya, mereka cuma mengambil beberapa jenis tayar, angkup brek dan komponen-komponen berkaitan. Alatan lain seperti komputer tidak dicuri walhal mereka mengambil komputer dari pasukan lain," tambah beliau.

"Kebanyakan komponen yang diambil ialah khusus untuk perlumbaan dalam musim hujan," kata Razlan.

Razlan juga berkata pasukan-pasukan lain telah tampil untuk membantu pasukan-pasukan yang terbabit dengan berkongsi komponen-komponen mereka.

* Artikel berdasarkan laporan asal di New Straits Times


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…