Kes curi motosikal di parkir KTMB membimbangkan pemilik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Utusan Online
Kes kecurian motosikal semakin menjadi-jadi di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani dan Gurun sepertimana dilaporkan di akhbar Utusan Online hari ini (Rabu).

 

Orang ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka menjadi mangsa seterusnya berikutan ketiadaan pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada lagi perkhidmatan pengawal keselamatan di kawasan parkir stesen tersebut. 

 


Dalam sesi temu bual bersama Utusan, Mohd. Dahari Mat Taib, salah seorang pemilik motosikal di kawasan parkir tersebut berkata beliau menggunakan pengangkutan awam di situ sejak hampir setahun lalu untuk berulang alik ke tempat kerjanya di Alor Setar kerana dengan menaiki tren ia tidak memenatkan badan serta menjimatkan perbelanjaan pengangkutan.

 

“Walaupun saya hanya tinggalkan motosikal kira-kira 12 jam sehari dan mengambil langkah keselamatan dengan memasang kunci tambahan, tetapi saya sentiasa bimbang motosikal itu boleh dicuri bila-bila masa,” katanya ketika ditemui semalam (Selasa).

 

Sementara itu, Farid Ramli, seorang kaki tangan pembersihan di stesen tersebut berkata beliau sering mendengar keluhan pemilik motosikal di situ yang bimbang kehilangan kenderaan mereka kerana kurangnya pengawasan keselamatan.

 


Untuk makluman, pihat KTMB tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecurian atau kerosakan kenderaan yang di parkir di kawasan tersebut.

 


Makluman dari Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pula memberitahu bahawa pihaknya telah menerima 13 laporan kes kecurian motosikal di stesen KTMB Sungai Petani dan Gurun sejak Januari 2022 sehingga kini.

 


22 kes kecurian motosikal telah dilaporkan pada tahun 2020 dan pada 2021 terdapat 10 kes kecurian motosikal. 

 


Jenama motosikal yang kerap dilaporkan hilang adalah Honda EX5, Yamaha Y15, SYM Bonus dan Modenas Kriss.

 

Beliau turut berkata bahawa setiap kes kecurian motosikal terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

 

 

 

Utusan
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd [email protected] berkata suspek yang berusia 19…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata tangkapan itu turut…