“MPV itu dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan kita minta kerjasama pemandunya untuk tampil memberikan keterangan sebagai saksi kemalangan.
“Selain itu, orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari Ahad lalu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah Mercedes Benz, gara-gara mengelak MPV yang memasuki laluannya.