Disebabkan itu, tertuduh didakwa gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan mencederakan pelanggan Medan Selera Taman Melawati, Mohd Rose Hassan, 63.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000 dan penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam, A Venkaterowani.
Nur Intan meminta mahkamah tidak membenarkan jaminan dikenakan ke atas tertuduh namun peguamnya merayu supaya dibenarkan ikat jamin.
Venkaterowani berkata, ia kali pertama anak guamnya ditahan dan didakwa selain tidak memiliki rekod jenayah.
"Dia juga perlu menanggung isteri, dua anak dan ibu bapa dan memohon mahkamah membenarkan jaminan," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Majistret kemudiannya menetapkan sebutan laporan kimia dan serahan dokumen pada 5 Ogos ini.
Pada Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati.
Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Myvi itu turut merempuh dua kereta menyebabkan kerosakan teruk.