Mahkamah kemudian menetapkan 10 September depan sebagai tarikh baharu keputusan representasi.
Prosiding tersebut bagaimanapun berlangsung secara tertutup berikutan tertuduh yang berusia 17 tahun merupakan pesalah di bawah umur.
Tertuduh diwakili peguam Johan Radzi manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Height, Senawang pada 6 Mac lalu.