Di luar waktu itu, petak parkir itu perlu dibuka untuk kegunaan awam.
Ramai yang mengadu petak sewaan masih dibolot oleh penyewa yang enggan melepaskannya walapun sudah melepasi jam 6.30 pm.
Beberapa insiden turut berlaku sebelum ini kerana ramai yang beranggapan petak sewa itu adalah milik mereka selama 24 jam.
Bulan November tahun lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi amaran kepada peniaga yang engkar dan memberikan amaran keras kepada peniaga yang mewarnakan sendiri petak parkir dengan warna merah, seolah-olah ia disewa.
"Kami berikan amaran tegas untuk menyewa petak itu. Jika tidak, hukuman termasuk membatalkan lesen perniagaan boleh dilakukan," ujar Zay Iskandar, Pembantu Akauntan dari MBPJ.
MBPJ juga mendapati ada kedai-kedai di kawasan Damansara Uptown yang menghitamkan garisan kuning petak parkir di hadapan kedai mereka agar tidak ada orang awam yang boleh parkir di hadapan kedai mereka.
Sewa petak parkir untuk kawasan Petaling Jaya ialah RM400 sebulan untuk satu petak bagi kedai makan dan kedai biasa sementara bengkel kenderaan pula ialah RM200 sepetak.