Kes positif COVID-19, RapidKL saran penumpang jalani ujian saringan

oleh Mohamad Hanif|
Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel menyarankan penumpang yang menaiki tren LRT Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang untuk menjalani ujian saringan kesihatan sekiranya terdapat gejala berkaitan COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan terdapat mesej di media sosial yang dimuatnaik oleh dua orang penumpang yang positif COVID-19 ketika menaiki perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

Seorang penumpang Claudia Nuriman membuat hantaran di akaun Twitter @claudianuriman menyatakan beliau menaiki tren LRT Wangsa Maju ke Pasar Seni sebelum menggunakan MRT ke Stesen Semantan antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada tarikh 28 Mei 2021.

Sementara seorang lai pengguna bernama Nurul Aisyah (@asyxxi) memberitahu beliau menggunakan tren LRT dari Taman Melati ke KLCC pada tarikh 27 Mei 2021 antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Rapid KL menjamin semua tren di dalam perkhidmatannya sentiasa disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselsaan para penumpang, dan menasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP ketika berada di dalam tren.

Pihak Rapid KL juga mengalu-alukan sifat terbuka kedua-dua penumpang berkenaan.

Sumber: FB Rapid KL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang telah mengakibatkan tren-tren tambahan dari…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, semua kerja baik pulih yang berpunca dari ganguan suis di laluan…