Kes ragut di Muar - geng Y15ZR tumpas

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sanggup berkonvoi menaiki Yamaha Y15ZR sejauh lebih 100 kilometer dari Klang ke Muar untuk meragut, tiga daripada empat sekawan berjaya diberkas di Cheras, Kuala Lumpur dan Rawang dalam masa 72 jam selepas jenayah dilakukan. 

Dalam masa yang sama, pihak PDRM masih lagi memburu seorang lelaki dikenal pasti sebagai Mohd Fariezzuan Shah Che Ariff atau lebih dikenali dengan nama toncet, 27 beralamat terakhir di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras. 

Menurut Ketua Polis Daerah muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, semua saspek dipercayai terbabit dalam tiga kes ragut di Muar Sabtu lalu.

Malah, terdapat sebuah insiden yang tular di media sosial melibatkan seorang mangsa wanita di Jalan Pesta, Bakri. 

Hasil siasatan mendapati tiga daripada empat saspek mempunyai rekod jenayah lampau dan bukan berasal daripada Muar, Johor. 

Cubaan pertama berlaku di stesen minyak di bandar dan Jalan Pesta, Bakri namun tindakan mereka gagal. 

Cubaan ketiga di jalan Mega, Bakri, suspek berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM4,500 sebelum pihak polis berjaya menangkap ketiga-tiga suspek dalam masa 72 jam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan. 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika hendak…