Kesalahan trafik tinggi, polis kehabisan surat saman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sejumlah Polis Metro Jakarta Barat mengakui kehabisan surat saman trafik ketika melakukan pemeriksaan di Jalan Raya Daan Mogot pada Selasa.


Ketua Unit Trafik Polis Metro Jakarta Barat, Pesuruhjaya Maulana Karepesina mendedahkan, perkara itu berlaku selepas pihaknya mendapati banyak pelanggaran undang-undang lalu lintas dilakukan oleh pengguna sepanjang operasi pemeriksaan dan sekatan jalan yang dilaksanakan awal minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kebanyakan saman trafik yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, melawan arus dan penumpang motosikal yang melebihi dua orang.

Difahamkan, polis trafik sekali lagi melaksanakan operasi saman secara manual terhadap pesalah jalan raya sejak Selasa lalu.

Salah satu lokasi penguatkuasaan undang-undang jalan raya secara manual ialah di laluan penghubung bagi kawasan Jakarta-Tangerang di Cengkareng.

Bagaimanapun, Maulana berkata, penggunaan surat saman secara manual oleh polis trafik masih terhad berikutan larangan penguatkuasaannya sebelum ini. 

“Penyediaan borang surat saman sementara adalah terhad kerana terdapat larangan penguatkuasaan secara manual beberapa hari lalu, jadi borang tiket dikutip ketika itu,” kata Maulana ketika dihubungi CNN Indonesia.

Beliau juga berkata, pihaknya masih membenarkan saman dikeluarkan ketika pemantauan rutin pegawai kerana masih terdapat beberapa kawasan yang tidak diliputi oleh tiket elektronik (E-TLE) terutamanya Kembangan, Kebon Jeruk, Tambora dan Kalideres.

 

 

Utusan Malaysia