Kesatuan Eropah catat angka jualan kereta tahunan paling rendah sejak 1993

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pendaftaran kereta baharu Kesatuan Eropah (EU) lebih rendah tahun lepas, dan secara keseluruhannya paling rendah sejak hampir 30 tahun lalu.


Ini berlaku walaupun lonjakan kukuh pada Disember di pasaran Jerman dan Itali, menurut Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tahun lepas, 9.26 juta kereta penumpang didaftarkan, kurang 4.6 peratus daripada angka 2021, lapor agensi AFP.

 

Angka Disember meningkat sedikit dengan peningkatan 12.8 peratus menjadikan jumlahnya 896,967.

Di Jerman, tempoh subsidi untuk hibrid plug-in yang tamat pada akhir tahun serta penurunan premium bagi pembelian kereta berkuasa bateri, mendorong jualan pada Disember.

 

Dalam pasaran kereta terbesar EU, pendaftaran kereta meningkat sedikit tahun ini secara keseluruhannya di Jerman dengan kenaikan 1.1 peratus, manakala Itali menunjukkan penurunan 9.7 peratus dan jualan kereta Sepanyol turun 5.4 peratus.

 

Pengeluar kereta di Eropah merungut terutama mengenai bekalan alat ganti yang tidak mencukupi, termasuk cip elektronik.

 

Volkswagen terus menjadi peneraju pasaran di EU, dengan angka jualan melebihi 2 juta  kereta terjual.

 

 

AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…
Berita Global
Tahun lepas, Parlimen di Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan pelepasan emisi CO2…