Kesatuan Eropah mungkin gantikan tarif kepada harga lantai untuk EV China

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesatuan Eropah (EU) nampaknya tidak lupa tentang isu EV dari China yang menyerang pasaran itu dengan harga yang dikatakan terlalu rendah.

Harga rendah itu bukan kerana jenama-jenama China berhati mulia dan mahu "membantu" penduduk dunia, tetapi lebih kerana subsidi dan insentif yang diberikan oleh kerajaan China yang memungkinkan harga produk yang rendah.

Selain dari itu, kos buruh yang rendah di China juga menjadi faktor tambahan.

Perkembangan terkini melihat EU mahu menggantikan tarif khusus untuk EV dari China dengan sistem harga lantai.

Sistem harga lantai bermakna EV dari China yang dijual di Eropah akan mempunyai harga minimum yang dipersetujui dan sesuai dengan syarat-ssyarat Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Menurut laporan Reuters, polisi baharu itu akan mempunyai kesan sebaik tarif yang sebelum ini hanya dikenakan kepada produk-produk komiditi seragam.

Sebenarnya tarif yang dikenakan kepada EV dari China sekarang ini tidak menggugat prestasi syarikat automotif China di Eropah kerana ada peningkatan jualan sebanyak 64 peratus (untuk semua jenis model, termasuk yang hibrid dan berenjin).

Kenderaan hibrid dan berenjin dari China tidak dikenakan tarif. 

Kebanyakan enderaan-kenderaan EV yang murah di Eropah memang dihasilkan di China, termasuk dari jenama Eropah sendiri seperti Citroen e-C3 dan Dacia Spring.

Namun begitu, penjualan EV dari China sebenarnya turun 3.4 peratus dalam bulan Februari lalu sementara EV jenama Eropah meningkat sebanyak 26 peratus.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara tarikan utama model itu ialah penggunaan sensor LiDAR di bahagian bumbung, sekali gus…
Berita Global
Model kompak elektrik itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Ogos, selepas…
Berita Global
Kehadiran model baharu itu dilihat sebagai langkah penting Volkswagen untuk meningkatkan penguasaan…