Ketahui 7 Jet Peribadi Milik Bintang Bola Sepak Dunia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Menjadi seorang pemain profesional bola sepak adalah bukan mudah dan kebanyakan pemain sukan ini pasti bekerja keras untuk mendapat bayaran (gaji) yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hampir semua pemain bola sepak dunia pasti memiliki kereta atau motosikal mewah sebagai kenderaan peribadi.

Namun pernahkah anda mengetahui siapakah pemain bola sepak yang memiliki jet peribadi? Ketahui tujuh bintang bola sepak dunia yang mempunyai jet peribadi mewah.

 

7. Gareth Bale - Cessna Citation XLS+

Bale


Pemain Real Madrid kedua termahal (RM 90 juta) dalam sejarah pasukan tersebut Gareth Bale memiliki jet peribadi model Cessna Citation XLS+.

Kos pesawat tersebut dianggarkan bernilai diantara RM24.5 juta hingga RM35 juta dan merupakan salah satu pesawat yang mempunyai kelengkapan dalaman yang sempurna.

Mempunyai panjang 18.7 meter dan 1.7 meter tinggi bersama sepasang enjin Pratt & Whitney Canada PW306D, jet ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 986 km/j.

 

6, Paul Pogba - Gulfstream G280

Pogba


Pemain pertahanan Perancis, Paul Pogba memiliki sebuah jet peribadi Gulfstream G280 yang dibina oleh IAI (Israel Aerospace Industry) dan merupakan antara peswat yang terbaik di dunia.

Gulfstream G280 yang dibeli oleh Pogba bernilai di antara RM68 juta hingga RM86 juta lengkap bersama rekaan dalaman mewah dan boleh memuatkan 10 orang penumpang.

Pesawat yang menggunakan enjin Honeywell HTF7250G ini mempunyai kelajuan maksimum sehingga 900 km/j dan panjang 20 meter serta tinggi 6.5 meter.

 

5. David Beckham - Bombardier Challenger 350

Daivd

Legenda bola sepak David Beckham pula memiliki jet peribadi Bombardier 350 dan pesawat tersebut telah dinaik taraf daripada Bombardier Challenger 300 pada 2013 seterusnya menjadikan harganya mencecah RM105 juta.

Model ini menggunakan enjin Honeywell HTF7350 dan mempunyai kelajuan maksimum 882 km/j. Jet peribadi ini menjadi salah satu lambang Beckham untuk memaparkan kejayaannya sebagai pemain bola sepak dunia.

 

4. Zlatan Ibrahimovic - Cessna Citation Longitude

Zlatan


Zlatan Ibrahimovic yang terkenal dengan aksi lincahnya di atas padang perlawanan bola sepak pula mempunyai jet peribadi Cessna Citation Longitude. 

Dianggarkan harga sebuah pesawat ini bernilai RM113 juta dan merupakan antara jet peribadi yang termahal dimiliki oleh pemain bola sepak.

Menggunakan dua buah enjin pesawat Honeywell HTF7700L dan mempunyai panjang 7.7 meter serta tinggi 1.8 meter, jet ini mampu memecut sehingga 896 km/j.

 

3. Neymar - Cessna Citation Sovereign+

Neymar


Bagi bintang pasukan PSG, Neymar yang merupakan antara pemain bola sepak yang paling mahal dibayar (RM16 juta sebulan) ini pula memiliki jet peribadi Cessna Citation Sovereign+ bernilai RM66 juta. 

Mempunyai sepasang enjin jet Pratt & Whitney Canada PW306D, ia mampu memecut dengan kelajuan maksimum mencecah 855 km/j. Panjang 7 meter dan tinggi 5.85 meter.

 

2. Lionel Messi - Embraer Legacy 650P    

Messi


Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi ini pula memiliki jet peribadi Embraer Legacy 650 yang berharga mencecah RM 103 juta dan dia pernah menggunakannya untuk pulang ke rumahnya di Argentina bagi meraikan sambutan Krismas bersama keluarga.

Ini adalah jet peribadi kedua Neymar dimana pesawat pertamanya Embraer Legacy 100, telah dirampas oleh pihak berkuasa di Brazil berikutan skandal cukai pada 2016.

Enjinnya pesawatnya pula menggunakan jenis Rolls Royce AE 30007 A2 yang mempunyai kelajuan maksimum 850 km/h dengan panjang 26.33 meter serta tinggi 6.64 meter.

 

1. Cristiano Ronaldo - Gulfstream G650

CR


Akhir sekali ialah bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo memiliki jet peribadi Gulfstream G650 dan merupakan pesawat paling mahal dalam kalangan pemain bola sepak lain yang bernilai RM131 juta 

Pesawat yang memiliki dua enjin jenis Rolls-Royce BR725 dengan panjang 30 meter serta tinggi 7.77 meter ini digunakan olehnya bagi tujuan melancong kelajuan. 

Reka bentuk dan saiz pesawat yang agak besar mampu memuatkan kapasiti maksimum 18 penumpang dengan kelajuan maksimum 956 km/h. 

Sumber: sportskeeda.com

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu bergambar bersama helikopter berkenaan yang dipakir…
Berita Global
  Pemain Portugal itu mengumpulkan koleksi kereta mewah itu hasil daripada kekayaan aksi bola…
Berita Global
Para pemain kelab Palmas itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.  …