Ketua Polis Negara: PDRM tuntut pemandu mabuk dipenjara mandatori

oleh SALINA JALIL|
Hukuman penjara mandatori perlu diambil kira dalam pindaan undang-undang terhadap kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, bagi menangani perbuatan berkenaan di masa depan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata isu berkenaan sudah lama dibincangkan, termasuk banyak kertas cadangan disediakan, namun kini baru ramai yang melihat betapa kritikal masalah berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya menyokong usaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda undang-undang terbabit dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

 

"Ia seperti semakin kerap kita bercakap mengenainya, esoknya akan ada kes memandu dalam keadaan mabuk. Ia seperti bermusim. Dari satu sudut, saya melihat hukuman yang mencegah perlu dimasukkan dalam pindaan undang-undang baharu itu.

 

"Perlu ada hukuman pemenjaraan yang mencegah, yang akan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu.

 

"Jika ia dibiarkan begitu saja (seperti peruntukan sedia ada) terpulang kepada hakim untuk meletakkan hukuman, dan bergantung kepada interpretasi mereka. Hukuman pemenjaraan itu boleh menjadi pencegahan terhadap individu yang fikir mereka boleh minum minuman keras dan membahayakan orang lain," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan kereta peronda baharu, di KDN, di sini, hari ini.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…