KG Mobility dedah tiga model konsep, termasuk sebuah 'FJ Cruiser' futuristik

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini dikenali dengan nama SsangYong, KG Mobility baru-baru ini mendedahkan tiga model konsep berkuasa elektrik pada acara Seoul Motor Show - sekaligus mendedahkan perancangan jangka panjang mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10.
 

O100


Trak pikap O100 itu dilihat mampu menjadi pengganti sebenar kepada model Musso, dan ia dibina berdasarkan crossover elektrik Torres EVX.

Rekaan O100 diinspirasikan daripada Torres EVX, selain mempunyai ciri sambungan V2L (Vehicle-to-Load) yang membolehkan ia menjadi genset bergerak di tapak pembinaan atau ketika melakukan aktiviti di tepi pantai.
 

F100


F100 jika dilihat banyak mengambil inspirasi rekaan daripada Toyota FJ Cruiser, dengan ciri futuristik seperti jeriji yang terdiri daripada unit lampu LED, dan boleh disesuaikan mengikut citarasa pemandu.

Crossover kompak KR10 (gambar bawah) pula direka sebagai model pengganti kepada SUV SsangYong Korando, membawakan rekaan hadapan seakan FJ Cruiser klasik.
 

KR10


Dalam masa yang sama, KG Mobility turut memperlihatkan platform EV serba baharu yang dilengkapi dengan motor elektrik pada gandar depan dan belakang, serta sistem pacuan dua atau empat roda yang boleh diubah.

Platform itu dikatakan lebih praktikal, terima kasih kepada pek bateri yang lebih rata dan mampu menampung kuasa sehingga 400 hp.

Ketiga-tiga EV ini dijangka akan mula dijual di Korea Selatan menjelang akhir tahun 2025.

Baca: "Imej Teruk", SsangYong sah ubah nama jadi KG Mobility

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Namun disebabkan oleh masalah kewangan yang melanda serta imej yang teruk memaksa nama SsangYong…