KGM Torres EVX, SUV menarik guna bateri Blade BYD!

oleh Muhammad Md Tajudin|
 KGM Torres EVX 2024
KGM Torres EVX 2024
Satu ketika dahulu SsangYong Rexton mudah ditemui di jalan raya tempatan. Model-model SsangYong juga banyak ditawarkan termasuk pikap Actyon Sports.

SsangYong pada hari ini dinamakan sebagai KGM selepas diambil alih KG Group pada 2022.

Tiada di pasaran tempatan, KGM kekal berniaga di United Kingdom (UK) dan terbaru melancarkan Torres EVX.

Reka bentuk menarik, Torres adalah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C+ elektrik bateri (BEV) yang berkongsi pelantar Torres 1.5 GDi turbo yang dilancar pada Februari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 KGM Torres EVX 2024

 

Pelantar Torres memang direka untuk pelbagai jenis rangkaian kuasa.

Satu lagi yang menarik, Torres EVX menggunakan bateri lithium-iron phospate blade (LFP) dan teknologi cell to pack dari BYD. Jaminan bateri sehingga 1 juta km atau 10 tahun!. 

Jarak pemanduan sehingga 462 kilometer (km) (WLTP) dan memadai untuk pemanduan harian dan jarak jauh. Motor elektrik hanya memacu roda depan.

Selain bateri blade BYD, Torres EVX dilengkapi sistem motor EV tiga dalam satu, modul penukaran kuasa tiga dalam satu dan suis shift-by-wire untuk kawalan gear.

 

KGM Torres EVX 2024

 

Penyambung vehicle-to-load (V2L) membolehkan pengguna 'menarik' kabel dari kereta untuk menguasakan perkakasan elektrik dari bateri.

Torres EVX dilengkapi ciri keselamatan mengikut Peraturan Keselamatan Am (GSR) Kesatuan Eropah (EU) seperti kawalan kelajuan pintar dan bantuan kelajuan keselamatan.

Dari segi reka bentuk, Torres tidak menggunakan gaya berbucu lembut seperti Rexton tetapi tampil berkotak. Sekadar makluman, Rexton baharu juga sudah berkotak.

Falsafah reka bentuk KGM dipanggil Powered by Toughness dengan gaya moden, bergaris dan menonjol seperti lampu nyalaan siang LED melintang.

 

KGM Torres EVX 2024

 

Bahagian dalam ringkas dan tidak serabut dan sama seperti Torres enjin biasa. Rekaan dalam menumpukan pada penglihatan dan kesenangan pemandu.

Papan pemuka yang ergonomik menempatkan dua skrin saiz 12.3 inci dan butang fizikal banyak ditempatkan pada stereng.

Torres EVX K40 dilengkapi sistem pemantauan sekeliling 3D 360 darjah untuk memudahkan peletakan kereta dengan selamat dan mudah.

Pemandu dan penumpang boleh memanfaatkan ruang bagasi dan simpanan sehingga 1,662 liter dengan kerusi baring penuh atau 839 liter dalam kedudukan biasa.

 

KGM Torres EVX 2024

 

Sebagai sebuah SUV, Torres EVX mampu menunda beban sehingga 1.5 tan. Beban bumbung pula sehingga 75 kg.

Berkenaan harga, Torres EVX K40 dijual di UK pada 47,495 pound (RM282,748). K30 lebih murah iaitu 44,495 pound (RM264,815)

Ciri-ciri KGM Torres EVX:

  • Bateri Lithium Iron Phosphate (LifeP04)
  • 152 kW, 73.4 kWj/Ah, 
  • 388V
  • 207 ps, 339Nm
  • 0 - 100 km/j: 8.11 saat
  • Kelajuan tertinggi: 175 km/j
  • Pengecas dalaman 2.2 kW
  • Berat badan: 1,915 kg

Penulis: Muhammad Md Tajudin