Khairil Anwar kini Ketua Pengarah MIROS

oleh HEZERI SAMSURI|
Orang lama Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim kini dilantik sebagai ketua pengarah baharu agensi tersebut.

Miros membuat pengumuman tersebut di laman sosial rasminya. Khairil akan menggantikan Dr Siti Zahharah Ishak yang tamat perkhidmatan kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Khairil, 44 yang berasal dari Pekan, Pahang, memulakan karier beliau di Miros bermula seawal April 2008 dan tugasan terakhir beliau sebelum ini ialah sebagai Pengarah Pusat Kajian Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik.

Khairil juga adalah antara pelopor Asean-NCAP dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung untuk agensi tersebut.

Seorang yang tidak pernah lekang dari senyuman, Khairil mempunyai sarjana dalam pengurusan perniagaan dari Universiti UCSI dan menjadi Profesor Adjung di Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Careta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Zaharah untuk perkhidmatan beliau semasa beliau berada di Miros.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…