Khairul Idham Pawi tidak pernah culas berlatih setiap hari sebelum dan semasa PKP!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 menyaksikan penglibatan semula pelumba negara, Khairul Idham Pawi di dalam kategori Moto3 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, semenjak perlumbaan pertama di Qatar tempoh hari, KIP kembali ke Malaysia dan dalam tempoh sebulan ini, beliau banyak menghabiskan masa di rumah tatkala Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan.

Namun, duduk di rumah bukan alasan KIP untuk tidak terus berlatih, ini kerana beliau turut memiliki cara tersendiri bagi mengekalkan stamina sebelum memulakan musim perlumbaan berikutnya.

"Di rumah, saya memiliki sebuah basikal untuk tunggangan indoor serta alat angkat berat bagi membolehkan saya melatih kekuatan fizikal.

"Sebenarnya, saya amat rindu untuk berlatih di luar rumah, ini kerana sebelum ini saya tidak pernah sekali-kali membiarkan hari berlalu tanpa melakukan aktiviti latihan di luar rumah.

Selain daripada fokus terhadap latihan wajib, KIP juga turut meringankan tangan melakukan aktiviti sampingan seperti mengemas rumah dan memasak.

 


Ketika ditanya perasaan ketika perlumbaan pertama musim ini, KIP mengakui ada pasang surut ketika sesi ujian dan juga perlumbaan di Qatar, ini kerana beliau sendiri sudah lama tidak berlumba.

Apatah lagi KIP juga harus membiasakan diri semula dengan jentera Moto3, namun secara peribadi beliau merasa amat gembira dapat berlumba semula.


Perbezaan antara Moto2 dan Moto3


Ketika ditanya perbezaan antara kedua kategori tersebut, KIP menjelaskan bahawa jentera Moto3 secara asasnya lebih ringan berbanding Moto2, serta enjin yang digunakan juga adalah berbeza serta cara tunggangan antara kedua-dua jentera tersebut.

Walaupun mengakui bahawa jentera Moto3 lebih mudah dikendalikan di zon membrek yang lebih berat, KIP juga perlu membiasakan diri terutama di selekoh pantas ini kerana jentera Moto3 memiliki karakteristik yang berbeza berbanding jentera Moto2.

KIP juga turut dibantu oleh rakan sepasukan John McPhee yang banyak memberikan pertolongan ketika sesi latihan dan perlumbaan.

 


Pesanan KIP buat rakyat Malaysia:

"Kekal selamat, kekal di rumah, dan saya tidak sabar untuk menantikan apa yang bakal hadir setelah tamat tempoh kuarantin ini. Saya berharap dunia akan menjadi satu tempat yang lebih baik, dan mampu dinikmati oleh semua.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…