Disebabkan itu juga, Toyota turut memohon maaf menerusi laman web rasmi di atas kelewatan yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.
Namun, itu semua tidak pernah menghalang pihak ketiga daripada terus membangunkan pakej aksesori khas untuk model SUV off-road tersebut, dan terbaharu datangnya daripada Khann International.

Jika anda merasakan penampilan standard LC300 tidak cukup tampan, Khann International menawarkan kit badan lebar di mana ia diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon.
Pakej tersebut merangkumi:
- fender flare - $2,500 (RM10,949)
- jeriji radiator - $2,060 (RM9,022)
- pelindung hud enjin - $5,210 (RM22,817)
- pelindung cermin sisi - $1,440 (RM6,306)
- spoiler trunk lid - $1,350 (RM5,912)

Untuk menaikkan lagi seri, Khann International menawarkan set rim tempa bersaiz 22 inci KW-LT2 R22/ET berharga $8,600 (RM37,664).
Harga yang disebutkan itu tadi tidak termasuk dengan kos penghantaran.
Sumber: FB Khann International