Khazanah akan bantu Malaysia Airlines

oleh SALINA JALIL|
Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan memastikan Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kembali pulih daripada krisis kewangannya ketika ini dan sedang melakukan apa yang perlu sebagai pemegang saham utamanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sebagai sayap pelaburan kerajaan itu mempunyai sumber yang mencukupi dalam memastikan Malaysia Airlines terus bertahan.

 

Beliau berkata, meskipun krisis pandemik COVID-19 memberi impak besar kepada syarikat penerbangan, namun ia juga dilihat sebagai peluang untuk membina semula industri penerbangan negara termasuk Malaysia Airlines.

 

Memetik laporan daripada Nikkei Asia, Tengku Zafrul berkata, semua pihak harus sentiasa melihat secara positif terhadap Malaysia Airlines kerana ia adalah simbol identiti nasional yang dapat dibanggakan rakyat Malaysia. 

 

Ramai yang menentang menyuntik lebih banyak sumber kewangan ke dalam syarikat penerbangan itu kerana berpendapat dana kewangan itu dapat dibelanjakan dengan lebih baik di tempat lain.

 

"Kita harus melihatnya secara positif dan objektif. Bagi saya, saya yakin mereka (Malaysia Airlines) telah belajar dari masa lalu. Malaysia Airlines dan industri penerbangan adalah komponen utama ekonomi, terutama untuk pelancongan .

 

"Kita harus memastikan ia berfungsi. Malaysia Airlines adalah jenama nasional. Tetapi yang penting adalah memastikan ia memainkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional," katanya.

 

Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan telah menjalankan perbincangan bersama Khazanah dan meminta mereka untuk memastikan Malaysia Airlines terus berada dalam posisi kuat untuk menyokong pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…
Berita Domestik
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata buat masa ini rundingan dengan…