Kia bakal lancar Ray EV - kereta elektrik aras mula mampu milik, jarak gerak lebih 200 km

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, kereta elektrik pertama Kia bukanlah Kia EV6 yang dibangun berdasarkan platform E-GMP yang sama digunakan pada Hyundai IONIQ 5.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Sebaliknya, ia adalah sebuah kereta mini aras mula yang lebih dikenali dengan nama Kia Ray, di mana model EV pertama Kia itu dilancarkan pada tahun 2011 dengan motor elektrik 67 hp dan jarak gerak sejauh 138 km untuk sekali cas penuh.

Sayang sekali, kereta elektrik comel itu dihentikan pengeluarannya pada tahun 2018 disebabkan masalah jarak gerak yang terhad, serta fasiliti pengecasan yang kurang meluas.
 

EV


Menurut laporan terbaharu daripada Electrek, Kia dijangka akan menghidupkan semula EV pertama itu sebagai sebuah kereta elektrik yang mampu milik untuk memenuhi permintaan terhadap EV yang semakin meningkat.

Difahamkan, Kia Ray EV serba baharu itu akan menawarkan jarak gerak melebihi 200 km, dengan motor elektrik berkuasa 85 hp, dan pek bateri berkapasiti 35.2 kWh.

Bukan itu sahaja, Kia Ray EV juga dijangka akan menawarkan ruang dalaman yang luas, sesuai untuk kegunaan di dalam bandar.
 

ray


Terdapat juga perancangan untuk memperkenalkan Kia Ray EV versi van panel tempat duduk tunggal yang lebih sesuai digunakan untuk pemilik perniagaan kecil.

Kia Ray EV bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan, namun hanya ditawarkan di pasaran domestik Korea Selatan dahulu buat masa ini.

Sumber: Electrek