Kia berjaya jual 50 ribu unit EV di UK, tanda kejayaan?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia EV9 UK 2023
Kia EV9 UK 2023
Kenderaan elektrik (EV) sudah mula popular di pasaran tempatan dengan kebanjiran pelbagai model termasuk Tesla.

Populariti EV buatan pengeluar baharu juga dikatakan bakal menggugat pengeluar kereta yang sudah lama bertapak.

Satu lagi keadaan ialah EV membuka lembaran baharu buat jenama yang sebelum ini kalah dengan pengeluar lama.

Jenama-jenama tersebut dilihat agresif di dalam teknologi, pemasaran dan pelaburan di pasaran eksport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Soul EV Explore

 

Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada pengguna? 

Paling utama ialah penerimaan pasaran dan semestinya berdasarkan jumlah jualan. 

Sebagai contoh, jualan EV Kia di United Kingdom mencecah 50,000 unit pada Julai 2023 sejak Soul EV ditawarkan pada April 2015.

Lapan tahun untuk 50,000 unit? Sedikit jika dibandingkan kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) namun tinggi untuk EV.

 

Kia Niro EV

 

Sejarah EV Kia di UK

Menyoroti sejarah, Soul EV mula dijual di UK selepas pertama kali dipertontonkan di Eropah pada Pameran Kenderaan Geneva 2014.

Soul EV generasi pertama dibangunkan dari Soul generasi kedua dan dibekalkan bateri 27 kilowatt-jam (kWj) dan boleh dipandu sehingga 212 kilometer (NEDC).

Kia memperbaharui Soul EV dengan bateri 30kWj pada 2017. Tahun berikutnya Kia memperkenalkan Soul EV di Los Angeles dan e-Niro, model EV global kedua Kia.

e-Niro dibekalkan bateri 64kWj dengan jarak pemanduan sehingga 453 kilometer (WLTP). EV itu satu daripada siri Niro dengan enjin hibrid dan hibrid plug-in.

 

Kia EV6 77.4 kWh GT

 

Jarak dari 2015 hingga 2023 memang panjang dan populariti EV Kia mula dirasa pada 2020 dengan jualan sebanyak 7,426 unit.

Pada 2021 Kia melancarkan EV6 dan tampil menyerlah dengan falsafah reka bentuk Opposites United dan teknologi terkini.

EV6 dibangunkan dari Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dengan ciri menarik seperti reka bentuk yang menyerlah, ruang dalaman luas dan keupayaan pengecasan 800V.

Teknologi itu hanya memerlukan 18 minit untuk menambah tenaga dari 10 hingga 80 peratus menggunakan pengecas pantas.

 

KIA EV6

 

Selepas e-NIRO menang anugerah What Car? Car of the Year 2019, EV6 dianugerahkan What Car? Car of the Year 2022 dan turut merangkul European Car of the Year 2022.

Prestasi Kia pada bulan Julai

Bulan Julai menyaksikan Kia berada di tangga keempat kereta terlaris di UK. Jualan Kia mencecah 9,624 unit termasuk 1,555 EV.

Angka itu menyumbang kepada jualan keseluruhan EV Kia sebanyak 50,614 unit.

 

KIA EV9

 

EV6 GT-Line S warna Runway Red yang didaftarkan pada 27 Julai di Allen Kia Bath mencatatkan rekod sebagai unit EV Kia yang ke-50,000 di UK.

Niro EV dijual sebanyak 872 unit dengan jualan terkumpul sebanyak 5,929 unit dan disusuli EV6 sebanyak 4,539 unit setakat ini.

Jualan EV Kia pada 2023 sudah pun mencecah 10,698 unit atau lebih satu perlima berbanding tahun pertama 2015.

Prestasi jualan EV di UK semakin meningkat dengan 16,368 unit pada 2022 daripada 14,337 unit pada tahun sebelumnya.

 

KIA EV9

 

Berbekalkan prestasi setakat ini, Kia berada di landasan tepat untuk mencipta rekod jualan EV terbaik pada 2023

Kia menawarkan empat model EV di UK iaitu  EV9, EV6, Niro EV dan Soul EV.

Satu lagi fakta menarik ialah hampir satu daripada dua jualan Kia terdiri dari model elektrifikasi (hibrid, hibrid plug-in dan elektrik).

Setakat ini Kia berjaya menjual 29,222 unit kereta eko dengan peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding 2022.

 

Logo KIA

 

Siri EV Kia bakal bertambah dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) EV9 tujuh tempat duduk ditawarkan di UK.

EV9 menggunakan bateri 99.89kWj dan setiap varian boleh dipandu lebih daripada 482 kilometer. 

Menjelang 2027, Kia merancang untuk melancarkan 15 EV di peringkat global termasuk sembilan di UK.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…