Pembukaan hab pusat latihan itu berfungsi sebagai ibu pejabat serantau untuk Kia Asia Pasifik, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab penting di rantau Asia Pasifik.
Ianya bakal memanfaatkan anak syarikat dan kakitangan operasi pengedar, jualan dan selepas jualan dengan Kecemerlangan Latihan Automotif, yang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terhadap industri automotif.
Pusat latihan itu dilengkapi pelbagai kemudahan canggih seperti bilik darjah dengan paparan berteknologi tinggi, bengkel untuk sesi praktikal, pusat sumber berkomputer, simulator pembaikan maya dan alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia.
Rangkaian model Kia terkini termasuk EV6 dan EV9, dan akan datang model seperti EV5 dan EV3 juga tersedia untuk latihan hands-on.
Menariknya, pusat latihan itu terletak bersebelahan dengan ialah Pusat Flagship Kia 3S, menyediakan pelatih pendedahan langsung kepada senario dunia sebenar untuk meningkatkan pembelajaran dan pengalaman.
Setelah tamat program latihan, pelatih juga akan menerima pensijilan daripada Kia Asia Pasifik, sekaligus mengiktiraf kemahiran dan kepakaran mereka dalam rangkaian global Kia.
Pusat latihan baharu itu boleh memuatkan sehingga 80 pelatih, memastikan persekitaran pembelajaran yang optimum dan pengalaman interaktif.
Kia menyasarkan untuk melatih sehingga 3,000 orang setiap tahun bagi menyokong kesemua 34 negara dalam rantau Asia Pasifik.