Kia buka Outlet 3S di Kota Bharu, Kelantan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Malaysia meluaskan pengaruhnya ke Pantai Timur dengan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S di Kota Bharu, Kelantan. 

Fasiliti seluas 3,500 kaki persegi itu kini mampu memuatkan sehingga lima buah kereta pameran untuk satu-satu masa, selain menawarkan bay servis yang mampu memberikan khidmat sehingga 100 kenderaan setiap bulan. 

Dikendalikan oleh Raza Motors Sdn Bhd, fasiliti bernilai RM1 juta ringgit ini menempatkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti selain mensasarkan tempoh masa tiga tahun bagi membina sebuah fasiliti badan dan cat untuk pelanggan di Pantai Timur. 

Pusat Pameran 3S ini juga turut mempunyai kemudahan lain seperti Customers Lounge, ruang perjumpaan, surau, storan alat ganti serta perkhidmatan mencuci kenderaan. 

Menurut Pengerusi Eksekutif dan CEO Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pihak Naza Kia akan terus memperluaskan lagi jaringan pusat pameran di rantau utama dengan pembukaan enam lagi outlet baharu di Lembah Klang, kawasan Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…